Adakah Pengguna Android Box Berdosa?



Pejabat mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa pembelian dan penggunaan android box untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Jadi adakah kita berdosa sekiranya menggunakan android box?

––––––––––––––––––––––
IKUTI PENDAKWAH TEKNOLOGI
––––––––––––––––––––––
Youtube:
Facebook:
Tiktok:
Instagram:
Twitter:
GitHub:
Telegram:
Email: [email protected]
Web:

#androidbox #haram #pendakwahteknologi

https://legomobile.vn/

44 bình luận cho “Adakah Pengguna Android Box Berdosa?

  1. Pakai unifi pakej yg ada tv tu lebih bagus pakai astro penipu tu … Kalau Unifi ada wifi kelajuan tinggi kalau download 1gb file masa 5minit siap dan ada tambahan My Tv unifi banyak channel … Semuanya boleh .. kalau pakai astro tara apa apa …

  2. Jelas terbukti geng2 iptv yg jadi reseller apa semua tu makan duit haram. Lebih kurang sama la dengan isu cetak rompak.

  3. Biar je astro tu..takyah langgan kapitalis..dia pun ambik duit brapa bnyak untung banyak dh tp time hujan takboleh tgk 🤣

  4. Betul la yg Mufti kata tu. Islam mengiktiraf Intelectual Property (IP) & hakcipta . Soal Astro tu mahal, itu soal lain. Soal dalam Astro pun ada banyak mungkar, itu soal lain. Kalau rasa tak berbaloi unsubscribe saja! Bukannya curi2 view tapi tak bayar

  5. setuju bang 100%..astro on the go punya apps tuh open la kat public jgn bg pengguna astro jer..bg public boleh pilih channel yg dorg boleh langgan..contoh 10 channel rm 20 sebulan..sbb biasa org buat tengok live bola jer..byk2 channel pon bukan tengok sgt pon..

  6. Haram ke x haram kalau jual service dengan harga Yahudi mabuk? Ini berkenaan supply and demand… Ini berkenaan pro choice, kita bukan negara komunis…

  7. Dulu xtro untung 3-4 billion stahun masatu dh ada muncul iptv/xtro sejak 2013>.. Takde kluar fatwa hukum pon.. Bila xstro rugi 1.5 billion punca beribu planggan terminate xtro.. xtro dh tergugat ketaq berpeluh sejak bnyak iptv muncul byaran sngt murah , tetiba kluar fatwa hukum haram.. Backup xtro ke ostat?

  8. Adakah Astro pun haram?

    Bukan ke Kerajaan yg punya duit lancar satelite & selepas itu Astro boleh guna dgn syarat yg pengguna boleh memilih mana channel yg mereka mahu tanpa dipakejkan dgn himpunan pakej yg ditentukan oleh pihak Astro.

    Itu dlm agreement diantara kerajaan Malaysia dan pihak Astro. Adakah ada unsur RASUAH yg menyebabkan pihak Astro boleh tidak mahu melaksanakan perjanjian ini yg mana servis yg dipakejkan ini akan menguntungkan pihak Astro dengan membebankan pengguna dgn bebanan yg tidak termaktub dlm perjanjian (unsur penganaiyaan = haram).

    Mengapa perkara ini tidak dilaksanakan sejak puluhan tahun!!!. Adakah ada unsur rasuah??

    Kerajaan BN tidak mahu laksanakan perjanjian tersebut sejak sekian lama. Kerajaan PH yg sebelum ini kutuk BN "kenapa tidak mahu laksanakan" apabila jadi sudah menjadi kerajaan sekali sebut perkataan akan kemahuan hendak buat perkara ini pun TIDAK PERNAH SEBUT apatahlagi mahu laksanakannya.

    PH & BN sama sahaja mementing syarikat melebihi pengguna apabila sudah menjadi kerajaan.

    Jika servis Astro ini ada unsur Rasuah, maka adakah servis Astro juga HARAM?

  9. Harga yahudi, service suka ambil kesempatan kat pengguna.
    Mane org sanggup setia woi…
    Mohon Astro insaf dan kurangkan monopoli utk multimedia content.
    Andai harga mampu milik, people will love u much more becoz u r the genuine and stable content provider

  10. Saya setuju dgn penerangan tuan..
    Diaorg ni ibarat nyamuk sekor, kelambu dibakar.. 😁
    Dan sentuh sedikit isu hukum halal haram ni.. sebenarnya banyak lagi perkara2 maksiat yg terang-terangan haram TETAPI tidak dikeluarkan fatwa sebegini.. betul salah tetap salah, haram tetap haram tapi jgn terlalu bias pada rakyat shj, pemimpin & kerajaan pun kena bertanggung-jawab..

  11. apasal mufti cakap pasal android box? Sebab ada kepentingan astro, kenapa dia tak pukul rata baju berjenama Adidas, Nike yg dicetak rompak, jam gshock yg fake.. Semua tu tak dak kena mengena dgn sykt di Malaysia sebab tu dia tak sentuh..

  12. Ironinya, bila hujan astro X leh tgk..hahhaha… Pastu bayar full juga..xde pemotongan Pon.. Rege cekik darah..siaran berulang2 Naik muak tgk.. iklan melambak… Igt ade adriod box Kami nak tgk astro kee.. lambatttt sikit

  13. ala payah nk control skrg selagi banyak rasuah, tgok dblend relaks ja sampai skrg stock tak putus2, ni plak pasal teknologi…memang GG.KOM lah..haha

  14. Dalam erti kata.. islam ni mudah.. dia x menyusahkan.. contohnya mencuri.. dlm islam kena potong tangan.. tp x blh sewenang wenangnya potong tangan.. kena siasat dlu.. sbb apa mencuri.. begitu jga dgn android box.. sbb apa guna android box.. sbb x mampu nk byr bil bulananan astro…terlalalu tinggi..nk guna njoi apa sgt channel yg ada kan… contoh kita langgang iptv.. tiap2 kita kena byr jga.. cuma murah sikit berbanding astro.. klau astro bg harga murah bil bulanan org x cari android box…

  15. saya boikot astro dengan konten2 die sekali..x pernah langgan astro & tengok astro haram dekat android box.

  16. Banyak benda lain yang haram..
    Contoh nya lambat bayar hutang kedai runcit.. Agak² halal ka apa yang kita makan tu

  17. Sokong.. android box x haram kalau digunakan dgn betul… lg 1, org bukan islam boleh je pakai android box utk tgk channel astro, org islam je yg akan terkesan bile mufti cakap haram…

  18. setuju.. ada yg kata "mcm mana nak kira Astro tipu org ramai pulak? siaran berulang2"… tu kan antara dia dengan tuhan… kalau astro buat dosa ko pun nak ikut melingkup gak?? astro terjun lombong hang terjun lombong gak?? matlamat xmenghalalkan cara… fikir2 kan lah 🙂

  19. TV ni pada asalnya perlu ada TV dan antena saja. Tak perlu bayar pun. Ingat, TV content is free to watch, dengan syarat kita kena lah tengok iklan, berselangan dengan rancangan. Sama mcm youtube free. Tapi ada orang yang nak content berkualiti, tiada iklan tapi hakikatnya siaran tetap benda yang sama, kadang2 ulang tayang balik rancangan 5-6 tahun lepas. Iklan takyah cakap lah, sampai ada 1 channel utk iklan barang orang lain pulak. Semua dah hilang matlamat. Cuba kita tengok cara netflix, tak pelik kalau netflix boleh fund movie maker, tengok lah outcome pada netflix tu balik mcm mana. Kontent dia, kualiti dia. Orang akan bayar, asalkan benda tu berbaloi bagi dia.

Trả lời

Email của bạn sẽ không được hiển thị công khai. Các trường bắt buộc được đánh dấu *